Ranjau Di Balik Latisan

Latisan bercerancang.
Gohongnya bersepah-semak.
Adakalanya, denainya saujana. Boleh jadi, bengkang-bengkok. Berunggu-rangga.
Boleh jadi juga, titiannya singkat juga terbantut.
Penghujungnya tak pasti.
Landasan di hadapan masih samar-samar.

Berwaspada!
Saungnya merata.
Jangan biar kau terjelepok jatuh ke dalamnya.
Jurangnya dalam.

Jika jatuh juga, ayuhlah!
Bangkit segera.
Bersegera dengan upaya yang berbaki.

Kerana kita semua tahu..
Masa muka nanti,
ada cerlak di hadapan.

Kudratmu pasti terbayar,
Keringatmu pasti terbalas.
Lorong cahaya mengangkatmu sebaik-baiknya.
Tika itu, kita menghampiri titik kejayaan.

Advertisements